Tuesday, 20 August 2013

cinta berkawan :)


assalamualaikum teman2 sekalian...ehhe :)
selawat ke atas Rasulullah s.a.w 
moga dibawah naungan Allah sentiasa ya $_$
juz wanna dedicate diz song to oll my frenzz..hee ^_^


CINTA BERKAWAN

Seutas tali memadu simpul tawamu duhai kawan
Simpulnya jatuh dipelupuk nurani yang tertambat cinta
Cinta berkawan bersama nikmati semusim masa

Disela kehangatan berkawan adalah aku pandang
Satu persatu garis wajah duhai kawan penuh harapan
Andai saja slalu bersama setiap masa sehati

Suratan Tuhan kita disini menapaki cerita bersama
Cinta berkawan karna sehati dalam kasih Illahi
Tepiskan hal yang berbeda agar kisahmu teramat panjang
Simpan rapi harapan berkawan selamanya..


http://www.youtube.com/watch?v=etwyc3R4RNQ


***moga ikatan persahabatan kita semua diredhai Allah..
      rindu sahabat2 sekalian walau dimana kamoo semua berada..
      moga bahagia mengiringi kalian..
      moga Allah permudahkan segala urusan..

p\s:pray4egypt



Tuesday, 30 July 2013

berurusan dengan ajnabi??



 assalamualaikum.....
kabare??moga semua sihat ...
juz sharing apa yang diperolehi dari fb...
ngeh3:)

jom baca ^_^
moga bermanfaat utk kita semua...
maklumlaa...dah masuk alam uni kan..banyak pula perlu berurusan dengan lelaki...
dengan kerja berkumpulannya...maybe kita cuba elakkan bekerja dengan lelaki..tapi dah itu kumpulan yang kita dapat..so, perlunya disini kita mencari konklusinya..ehhe..
dengan keaktifannya kita join pelbagai program yang dianjurkan and maybe yang kita sendiri handle...who knows...right??
let's check it out!!!


 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi

Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati.

1. Elakkan berurusan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.

Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?

3. Tundukkan hati: Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, “Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.

So, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.

Jaga diri, hiasi peribadi.

peace:)
salam 21 ramadhan 1434h @_@

Sunday, 21 July 2013

islam + cantik :)



assalamualaikum :)
kabare semua??
harap semua sihat...
juz sharing something dat we can practice as a 
"makhlukyangAllahjadikansemulajadicantik".... 

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

juz pastacicahkopi...ngeh3 >_<
selamat beramal yep :)
salam ramadhan 1434h 

Sunday, 5 May 2013

reflection??!!



Self reflection??!!

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...


kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?

kamu bukan nak menikah sekarang?

kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?

kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?
bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?

kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?

bukankah cara itu lebih suci?

wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..

ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...

apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?

sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,

kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...

sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,

tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,

tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..

itu tandanya akal mereka sangat pendek...

nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....

bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....

dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....


jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...

sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....

apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...

ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! !

kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...

memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....

fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...

wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka

walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...

sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..

jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....

korang ada akal kuat..korang tak bodoh....

korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...

tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,

korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?

kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA..

kopipasta only.....dushh..
moga bermanfaat....x bnyk...sikit pun okkey :)
peace^_^


                                                     peluk hatinya dgn DOA :)

Thursday, 18 April 2013

my thought???

assalamualaikum $_$
ladies comey sekalian alam...heee
kabare??

okkey..petang ni juz sharing 'bout my thought??
what is it??what is it??
mmm...it's juz randomly thought i think...
it's juz melintas lam kepala in da middle of writing speech for bi eseimen..uhuk2

diz is my analogy...mybe laaa >_<
" time exam...boleh karang jwpn tuk essay 2-3 page lam tempoh 2 jam kot..bkn 1 esssay...tp 2 kn?? tapi bila nk karang speech or essay or whatsoever utk eseiment....dlm tempoh 1-2 jam kita x mampu..even juz for 1 page??" *ni mybe hnya situasi ak..eheh

so...bila ak buat analogy...otomatik akn cri jwpn tuk analogy ak nie...mencarikonklusi kpd persoalan otak ak ni yg x senang tuan dye duk diam..heee... *biarkanotaksentiasaberfikir..ngeh2

konklusi yg tlh dibuat.... ^_^
"sebab kita dah set lam minda...dlm tempoh mse yg ditetapkn..by hook or by crook...kne jgak siapkan essay tu...kn exam...klu x siap....kreng la mark...mybe fail??is it true, right??owhhhh noooo!!!!x sanggup kn....tp...bila lec bg eseimen....ad due date kn??jd kita asyik tangguh je nk buat bnde alah tu...buat sparuh...tinggal...esok...smbung balik..then...stop..then...continue again...then stop....finally..bila dh tiba due dateny...siap la...."
*dush...terkenabatanghidung...uhuk

"ouh..ap yg kau coba nk sampaikn??x paham weyh!!! x dapat ibrah pom" :(

erkkk...sebenarnya...tu juz my thought a few hours ago....heeee
ibrahnye laaa kan....yg ak sndri dpt dri analogy ntahpape ak ni....
$$$ when do you wanna make a good thing...juz do it on dat time...never ever hesitate to do that good thing... n if u wanna change for good...change for the better life...live based on islamic ways...on the true path>_<..on the right way :)...juz change.....

 "the man who decide to change at 12 o'clock.. die at 11 o'clock" - HLOVATE  *harapkitasempatberadadilandasanbetul sebelompulangkepada-Nya...amin

ang jgn duk pikiaq sngt laa apa org nk habaq kt ang...bkn depa yg kena jawab tuk ang kt akhirat kelak..walakinn...ang sendiri :(...ak sendri laa kn...huuuu..kita bertanggungjawab dgn apa yg kita buat kat atas dunia ni... 

"bila dah tanggung...kita kena jawab..
tu namanye tanggungjawab" eheheheh

p/s: moga dapat ibrah dri entri ni wlau merapumeraban ntahpape :)
       peace @_^

Thursday, 14 March 2013

choose the best :)

assalamualaikum...
selamat malam u olls..
kabare???
                                                            
 

mmmm..mlm ni juz a little bit talk 'bout ''pilihan di tangan kita"
tau x yg kat lam dunia ni semuanya berpasangan??
cth: baik - buruk, man - woman, jantan - betina, kaya - miskin, abyad - aswad.. n so onnnn
*lau nk list semua...mmg x  la kn...

so, sebenarnya dlm 24 hours \ 7 days...
kita semua sedar x yg kita sering berperang antara nafsu vs iman kita??
sedar x??
sometimes, kita akan tunduk kt nafsu kita...
sometimes, kita  akan ikut iman kita,hati kita...
dan..selalunya kita tunduk kat nafsu kita *korangtaklaakan..akujee..huhu
ni bagi yg iman x kuat sngt la kan,, cthny org yg tgh menaip nim.. :(

cth iman vs nafsu
1. b4 solat asar - "lps asar ak nak baca mathurat la..."
     lps solat asar - "mmm..mls la ari ni...esk je la.."
      *ngee..nafsu menang

2. dialog ngn diri sndri sblom tdow
        - baca almulk la sblom tdow mlm ni...
        - tp rasa cam malas je...esok mlm ar..
        - eh x lme pom baca...kejap je...novel beratus helai bleh baca, x kan almulk x sampai 3          helai x leh baca..mm..btol la kn..baca je laa...
         *yeahh..iman menang

cth kat atas tu....nk tnjukkn kadang2 bila kita berdebat ngn diri kita sendiri,
iman  akan menang n sebaliknya lah yg terjadi an??...nak kutip 1 pahala bukan senang..tp nak kutip 1 dosa, tersanagt la senang....jaaadiii....kita semua kena bermujahadah melawan  nafsu kita...sblom buat sesuatu perkara tu...kena fikir dlu n fight ngan hati kita, 
ngan iman kita, tanya kat diri kita, "eh, betol x ni ap yg ak nak buat??"
sbbnya ustzh fatimah syarha kata, "mintalah fatwa dr hati.."
hati kita, tau mane yg baik n mane yg buruk..

knp perlunya bermujahadah segala bagai nk lawan nafsu ni??
mmm...kn syaitan tu sntiasa menggoda anak cucu Adam a.s...
kita semua la kn??
kita semua x pernah terlepas dr godaan makhluk Allah yg spisis suka menggoda nim...
sbb tu kita kne kuat kn iman kita lawan semua ni...
kita nk hidup bahgia kt akhirat kn??
so,,tu la rizen ny...

hurmmm...ntahpape ak melalut pagi2 buta ni....
hope sesape yg terbaca entri nim paham la ap yg nk dihabaq mai...
x dapat bnyk...cikit pom jadilaa... :)
smoga bermanfaat...

 "live well or live hell, you choose"
peace :)

     







 

Friday, 8 March 2013

presentation??

assalamualaikum....
selamat sejahtera dears...
moga Allah permudahkn segala urusan...amin..

                                                         presentation :(

1st of oll....we as a student..mmg x kn boleh lari laa dr assignment n presentation kn??
mcm2 ragam ad n mcm2 rasalah yg ad....takot, malu, bedebar dupdap, nak terkucil, ter'melabur', terlepas bomm pom ad n rasa nk skip kls je kalau ad presentation ari tu...huhu...*jiwakacaulakatakanharitue...

ari ni bkn nk berstory bagai pasai your feeling n watsoever bila kena duduk hdpn  audience @ ur frenz n present ur work....taaaapiii nk share '1 adab' apabila PRESENTATION TIME..
mmg confirm la kan...lps present msti kwn2 @ ur audience will ask a or a few question kn??
n mase tu laa brdoa bnyk2 jgn ad sesape nk tnya soklan kn???haha....kdg2 sblom presentationm dah warning kat kawan2 ''don't u ever dare to ask question"...*hampehbetollaakn..ish3

Ya Rabb...panjangny melalutmerapuntahpape....
ookkey..'1 adab' td yg nk share masa presentation tu is.....
bila kawan2 tanyakn soklan kat kita yg tukang in-charge presentation ni...
kita kena jawab, tau x??mmg la kn kena jwb...*ntahpape yg ak tnye  :(
adab nye walaupun yg bertanya kn soklan tu org yg kita x suka @ kreng sikit dgn 'sibertanya' tu kn...kita still kena jawab ...sbbnye tu adab dye...even nmpak mcm a simple thing to ignore...but it is adab dear....so puhlisss  jawab question 'tukangbagisoklan' tu yep....peace!!
x tau jawapan??? hakuna matata (no worries)
inform la kt 'sibertanya' yg  x tau jawapan...
 n kita pass kt partner @ ahli group presentation yg lain...
''dah dia tanya ak...kena la jawab"
betul jugak kn??
taaapii...ust dkt sekolah dulu pernah katalaa time diskus kitab tauhid  kot....*nyanyukdaa
"jgn jd org gila sbb keluarkan fatwa @ jawapan even kita x tau betol ke tak jawapan tu"
faham x ap mksud tu??faham kn....tau dah yg anda semua ni bijak...alhamdhulillah...amin :)

urm....dat's oll yg ak bleh share wit  limited 'ilmu yg ak ad...huhu...harap2 ad manfaat utk sesape yg terbaca entri ni...
n kredit to roomate ak sbb '1 adab' tu dye yg share kt ak ptg td....


live well or live hell, you choose...
renung-renungkan...
peace!! :)


Tuesday, 5 March 2013

contengan jalanan..


 assalamualaikum....
cerita kat bawah ni juz perkongsian dr "contengan jalanan" - HLOVATE

 “Baca Quran ni patutnya macam baca novel la.Patutnya lebih lagi daripada tu.Baca Quran ni kena ada feel.Kalau tak,tak bawa makna apa.” Akmal sengih. “Kalau orang baca novel tu boleh feel habis sampai menangis-nangis,baca Quran ni patutnya berkali ganda lebih feel daripada tu.Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni.”
            Fend sengih kelat.Nak relate dengan baca novel tu mungkin tak berapa sangat la kot,sebab dia bukan kaki buku macam K².Tapi kalau untuk feel tu,dia boleh relate dengan feel pada lagu-lagu.Memang faham sangat.
            “Tu la.Kita ni kadang-kadang berlagak.” Akmal senyum segaris. “Kalau baca Quran dengan tafsir,kita sentiasa je letak diri kita jadi ‘watak putih’ dalam Quran tu.Tapi kita lupa,cukup ke kriteria kita nak jadi ‘watak putih’ tu.Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata ‘aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat ‘wahai orang yang beriman....’, ‘wahai orang mukmin’..... ‘golongan-golongan muhsinin’ tu’.Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu?Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?”
 
p\s:ble baca, terasa ad betulnya jgak kn...n i'm trying to be a better person than before...moga Allah permudahkan....amin :)novel yg kita baca...bkn utk happy2 je...suka2 je..tp dr novel tu kita perlu ambik ibrah drpdnya...n yg x baik..buat x nampak je..tinggalkan...renung-renungkan.. :)
peace!!!